Skip to main content

Makan kismis tu

Lama dah tak balik kampung. Raya ni baru dapat duduk rumah lama sikit.
Waktu lain pun belum tentu lagi bila cutinya. Kalau ada, rezeki namanya.

Dengarlah family cerita sedikit sebanyak sikap-sikap segelintir ibu bapa n pelajar kat sekolahnya.
mostly lepas tangan kat sekolah untuk bentuk anak masing-masing asalnya cerita pasal kismis.
last time weekend teman umi amik kismis doa yg ditempah. berkotak-kotak jugak lah.
kalini lepas sarapan umi tanya kismis ada lagi tak, amik kat kotak tu.

so aku tanya la umi da jual ke.
then she said tak jual pun. niat sedekah je kat anak-anak murid
bagus lah ada jugak yang bertanya nak beli kismis tu, tapi umi still bagi free je.
but before that, umi bagi bukan begitu je. umi jemput anak-anak muridnya
participate dalam quiz kat kelas. memang umi bagi juga smua yg amik bahagian.
yang tak participate dapat juga tapi lambat.


seronok dengar.
after that cerita lah some students yang asyik ponteng je. cikgu-cikgu risau.
sampai panggil pihak berkuasa sekali dengan cikgu datang rumah.
yelaa kan, sekolah ni hak kanak-kanak. bila tak datang, sekolah pulak yg dicari nanti.

rupanya budak tu dah seronok meniaga. tolong mak bapak meniaga buah buahan.
gaya hidup pun tak smart, seronok dapat duit, bab makan je memilih, agak mewah.
bab lain macam kebersihan dalam rumah pun tak terurus. sampah merata. Allahu
meniaga tak salah, malah satu kelebihan tapi terapkanlah nilai yang baik dalam berniaga :
-solat jaga
-jujur
-amanah

gambar hiasan

selain tu,
ada juga kes laki bini gaduh, kes cerai. hal rumah tangga masing-masing tapi effect dekat sekolah.
siap yg pesan cikgu-cikgu habis sekolah ni kalau ada bekas laki dia datang nak jemput anak,
jangan dibagi apa semua. sudaahh, kes rebut anak pulak. kakitangan sekolah kena alert juga tu.

ada banyak lagi kerenah. cuma perkongsian.
mana yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.



anak murid malas belajar tu biasalah kan. ada yang rajin ada yang tak rajin.
kita pun pernah jadi budak sekolah dahulu. tahulah macam mana.
cuma sekarang ni budak sekolah perlu fit mental dan fizikal lebih sedikit.
nak belajar sampai ke petang.

Terkadang tu mesti lah kita rasa kenapa tak menjadi ni.
Cikgu dah pulun mengajar pagi petang. Tapi dari aspek physiology dan psychology pelajar,
dengan penatnya, dengan 'tepunya' lagi.
Peranan ibu bapa juga sebenarnya turut menyumbang perkembangan anak masing-masing.
Supplement mungkin, pantau progress di sekolah, bantu di rumah.

Namun ada juga yang serahkan anaknya 100% pada sekolah untuk uruskan.
masuk darjah satu baru nak belajar mengenal huruf, nombor, menulis dan sebagainya.
bukan ke sepatutnya ini diajar dirumah?
atau at least diajar di prasekolah atau tadika?

Dah tambah beban pelajar itu sendiri.
Baru nak belajar basic, kawan lain ramai dah boleh => mental down
Bila ketinggalan mula jadi segan menuntut ilmu => tekanan
Nak tunggu cikgu detect dalam ramai-ramai tu bukannya senang.
Anak yang sorang pun belum tentu lagi kita boleh follow up progressnya inikan sekelas.
Wallahualam.


Komplikasinya bila persekitaran begini berlaku, suasana pembelajaran menjadi tidak seronok.
Daripada sifat ingin tahu yang semula jadi bertukar kepada MESTI tahu yang terpaksa.
Ini yang kita taknak. Kalau boleh learning process tu biarlah seronok untuk kanak-kanak.
Jangan salahkan sesiapa, jangan tuding jari. Tapi kita koreksi diri.
Tanya diri apa sumbangan kita untuk perkembangan anak sendiri dan sebagainya.

haa persoalan ni selalu juga bermain dalam fikiran cikgu-cikgu sini.
penduduk persekitaran sini tidaklah seperti yang disangka. don't assume k.
mak bapak hanya segelintir je yang educated. yang lain ada style masing-masing.
kahwin awal, pelajaran tak diambil berat, timbul masalah cerai dan sebagainya,
masalah pendidikan anak-anak.


Cikgu-cikgu pun ada tekanan mereka juga.
Mereka mencuba yang terbaik untuk mendidik dan membimbing anak murid.
Mereka juga mempunyai keluarga seperti kita.
Bekerjasamalah untuk kebaikan bersama.



Wahai guru,
besar sungguh pengorbananmu, mengajar mendidik anak murid tanpa mengenal penat dan lelah.
dirimu ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang di sekelilingmu.

doaku buat guru-guru.
agar terus berjuang dengan ikhlas.
teruskan usaha yang mulia ini.

doaku buat ibu bapa,
pupuklah sikap yang baik sesama ahli keluarga,
didik nilai-nilai islam dalam keluarga,
pentingkan pendidikan melebihi kekayaan harta benda.

amiin

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial : Verify PayPal dengan Maybank VISA Debit Card 2016

Assalamualikum pembaca sekalian. Paypal sememangnya antara platform yang popular digunakan di Malaysia untuk transaksi luar negara. Namun begitu kemudahan ini juga banyak risikonya. Hal ini telah diambil berat oleh pihak Maybank (sebab saya pengguna Maybank) yang mana telah meningkatkan sistem keselamatan mereka. Kad baharu yang versi Platinum ini memang kelihatan bergaya dan lebih menarik. Kalau anda masih belum mendapatkan kad yang baharu, boleh pergi ke mana-mana branch yang berhampiran dan tukar secara percuma. Tak jauh beza dari yang tahun lepas (2015 dan sebelum) cuma kali ini ada penambahan MyDebit pada kad debit anda untuk tujuan membeli-belah terutamanya selain Visa Paywave yang telah lama diperkenalkan sebelum ini. Alhamdulillah harini berjaya juga saya verify paypal walaupun telah lama guna visa debit card maybank ni. Bukan tak pernah cuba untuk verify tapi asyik error sahaja dari website paypal itu sendiri dekat part adress. Katanya tak matching dan sekarang saya akan tunju...

Proxy problem solved!

Thank God my laptop's proxy issue has solved. I'm not sure what kind of malware did it infected but the effect i couldn't access the internet via browser. Especially Chrome. Normally we have to go to settings>proxy settings and unchecked the proxy button there it happened to me the option was grey out! never happen to me before. After some research on the web and ckecked the pc, this thing : "Change proxy : http = 127.0.0.1: 8080; https = 127.0.0.1: 8080" Keep on coming out even after I changed thru the REGEDIT and some stuff recommended by other users on a forum. Later, I check my antivirus if it is intact. paid quite expensive but still cannot detect malwares, i'm pretty dissapointed. Checking on the net for the top free malware software and I try this one : Malwarebytes  It's a good one and it's actually working. That is what most important. Unfortunately, this good product is quite pricey. Might use it after my current antivirus expires. Now tho...

Serabut mana pun, be positive

One after another rules and regulations jadi strict. It's not like before. baru je nak merasa naik senior ni boleh atur hidup lebih terancang. huhu Member tak henti-henti ajak training volleyball untuk masum. masalah sekarang ni lom tentu lagi dapat keluar main nanti. Training bagai nak rak. Lagipun May and June ni memang pack lah. Fokus untuk grand finale. Semua aktiviti selain study aku dah ketepikan. Sejak akhir-akhir ni pun asyik balik lambat malam-malam. So kena study jugak setiap hari at least buka juga slides tu go through walaupun macam da tepu penat segalanya. Tak boleh ikutkan mood. Nak berjaya kena SABAR ! Last time medik oncall menjadi issue. Medik pun dah kena join itu ini like everyone else. Not a problem to me i guess, but yang problem ialah pentadbiran semakin rancak pulak. salah sikit je collective. ganggu beb nak study ni dah dekat nak finale. dengan dasar baru: training first, academic second. begitu lah. Look at the positive sides, baguslah nak melahirkan pegawa...