Skip to main content

Tutorial : Verify PayPal dengan Maybank VISA Debit Card 2016

Assalamualikum pembaca sekalian.

Paypal sememangnya antara platform yang popular digunakan di Malaysia untuk transaksi luar negara. Namun begitu kemudahan ini juga banyak risikonya. Hal ini telah diambil berat oleh pihak Maybank (sebab saya pengguna Maybank) yang mana telah meningkatkan sistem keselamatan mereka. Kad baharu yang versi Platinum ini memang kelihatan bergaya dan lebih menarik. Kalau anda masih belum mendapatkan kad yang baharu, boleh pergi ke mana-mana branch yang berhampiran dan tukar secara percuma. Tak jauh beza dari yang tahun lepas (2015 dan sebelum) cuma kali ini ada penambahan MyDebit pada kad debit anda untuk tujuan membeli-belah terutamanya selain Visa Paywave yang telah lama diperkenalkan sebelum ini.
Alhamdulillah harini berjaya juga saya verify paypal walaupun telah lama guna visa debit card maybank ni. Bukan tak pernah cuba untuk verify tapi asyik error sahaja dari website paypal itu sendiri dekat part adress. Katanya tak matching dan sekarang saya akan tunjukkan untuk match adress anda juga.

1. Sign Up Paypal atau Login

Daftar dulu akaun PayPal anda, klik pada Sign Up. Sekiranya anda pernah membuka akaun sebelum ini, terus Login. Pastikan anda menggunakan nama sebenar anda dan email yang biasa anda gunakan untuk memudahkan urusan. Penggunaan nama yang sama pada dua akaun paypal berbeza akan mengakibatkan pertindihan akaun. Ini menyukarkan proses untuk verify paypal nanti.

*Daftar di paypal malaysia okay. Google : "paypal malaysia".

[caption id="attachment_252" align="alignnone" width="841"]google search paypal malaysia google search paypal malaysia[/caption]

 

2. Link A Bank

Di halaman utama selepas anda log in, Klik Pada Wallat untuk mendaftarkan kad maybank visa debit anda.

tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Kemudian, paparan berikut akan muncul. Disini saya telahpun menambah akaun maybank visa debit saya. Sekiranya anda belum ada, klik pada "Link a bank account" dan isikan maklumat yang diperlukan
tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Isikan Nama, No akaun Maybank VISA Debit anda. Pilih Malaysia dan maklumat seperti berikut

Bank Name : MALAYAN BANKING BERHAD
MEPS bank routing code : MBBEMYKL

tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Selesai mengisikan maklumat tersebut. Klik pada continue. Anda akan menerima beberapa email daripada PayPal.

3. Link A Card.

Tahniah setakat ini, 75% untuk verify telah anda lalui. Langkah terakhir ialah untuk proses "link a card".

*****Sila pastikan kad Maybank VISA Debit anda telah aktif! [PENTING] ******

Bagaimana nak tahu? Kalau anda ada tuka kad yang baharu dalam tahun ini, kemungkinan besar masih belum aktif lagi untuk transaksi luar negara.

Cara mudah ialah call talian hotline Maybank : 1300 88 6688 (Cakap nak aktifkan transaksi luar negara)
atau anda boleh log on M2u anda dan tetapkan tempoh pengaktifan hingga setahun.

 

[caption id="attachment_263" align="alignnone" width="1181"]tutorial verify paypal dengan maybank visa debit link a card[/caption]

Klink pada bulatan terakhir yang masih belum bertanda hijau itu. "Link a card" . Atau anda boleh pergi semula ke menu Wallet dan pilih "Link a card" disitu.

Kemudian anda isikan maklumat berikut seperti yang terdapat pada kad Maybank VISA debit anda. Sila pastikan maklumat yang anda isikan adalah sama seperti anda mendaftarkan kad Maybank VISA debit anda. Jika tidak sama, anda tidak dapat teruskan proses verify ini.

Ini yang saya pernah sangkut kelmarin, part biling address sebab alamat tidak sama. Rupanya masih lagi pakai alamat rumah lama. Sekiranya tiada masalah, anda teruskan ke langkah seterusnya. Jika anda tidak pasti alamat mana yang anda gunakan, log in Maybank2u anda dan cari alamat anda di bahagian "update profile"

link a card tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

[caption id="attachment_265" align="alignnone" width="773"]link a card tutorial verify paypal dengan maybank visa debit Maklumat yang diisi perlu sama[/caption]

Setelah itu, paparan seterusnya akan muncul dan isikan maklumat yang dikehendaki.

card details tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Kemudian klik pada "Confirm Credit Card" dan paparan berikut akan kelihatan.card details tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Klik "OK" .

Anda akan menerima satu email yang memberitahu tentang langkah berikutnya. Code akan diberikan melalui online banking anda. Rujuk debit card history anda di Maybank2u. Biasanya mengambil masa satu atau dua hari.

4. Confirm Your Card

Ini adalah langkah terakhir anda. Setelah dua hari ( paling lama ) login maybank2u anda dan pergi kepada debit card history. Sila perhatikan 4-digit code anda.

tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Kemudian login paypal anda dan pergi pada Wallet. Klik pada kad anda tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Isikan code seperti yang anda terima dalam debit history di maybank2u anda

tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

Selesai dan klik pada confirm. Tahniah! kad anda telah berjaya disahkan.

tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

tutorial verify paypal dengan maybank visa debit

 

Share tutorial ini sebagai tanda sokongan anda.
Comment to me below for your results and feedback :D , Would like to hear from you!

Comments

  1. nice bro info. lega hati nk buat projek business jual website dekat flippa.com

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    nk tnye nti kt acc paypal kite dpt balik tak rm10 yg dh kne potong kt acc maybank tu ??
    klu dpt bpe lama yea kite nk kne tgu spai rm10 tu msuk acc paypal ??
    thanks..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. yaa duit anda dipulangkan. duit tu guna utk verify je, utk keluar code dekat transaction details.

    ReplyDelete
  4. Thanks! happy to help. wah web designer ke bro.

    ReplyDelete
  5. Hello my friend! I wish to say that this article is awesome, great written and include approximately all vital
    infos. I'd like to see more posts like this.

    ReplyDelete
  6. slm.. perlu set debit card purchase limit x bro kat mybnk2u tu?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas usahanya bro. Tapi setiap kali saya klik Verify this card, ERROR "THIS CARD IS NOT ACCEPTED. PLEASE USE A DIFFERENT CARD". Walhal saya menggunakan debit kad maybank yg terkini. Harap dpt bantuan dari bro. thanks

    ReplyDelete
  8. opss.. saya dh dapat solution. Debit Card Maybank saya Disable Oversea ATM/Debit Card Facility dan Disable e-commerce function. Kena call 1300886688 utk pengaktifan.
    Kemudian, kena ulang semula semua proses yang telah di kongsikan dlm artikel ini.

    ReplyDelete
  9. ya betul tu. anda boleh setkan di maybank2u sendiri ataupun call no maybank tersebut. tq atas makluman

    ReplyDelete
  10. option mana satu utk enable e-commerce kat maybank2u?

    ReplyDelete
  11. Kenapa saya dapat ni ek? "The Card Verification System used by PayPal is currently unavailable. Please try to add your card at a later time. We apologize for this inconvenience."

    Sya dah activate oversea ATM tapi still dapat message ni... smpai skrang x dpt verify paypal ni--

    ReplyDelete
  12. yes bro. sangat perlu and penting

    ReplyDelete
  13. dekat HOME, bahagian CARD MANAGEMENT, then dekat "Oversea ATM/Debit Card Facility"

    ReplyDelete
  14. Hello , yang for e-commerce kan bila call maybank under apa ya? Debit -credit-maybank2u ke?

    ReplyDelete
  15. maksud awak bila call maybank nk cakap apa ke? just cakap nak aktifkan untuk transaksi luar negara. atau lebih spesifik nak aktifkan untuk paypal dan sebagainya

    ReplyDelete
  16. Untuk oversea transaction boleh di buat di maybank2u je. Tapi nak enable e commerce memang kena call maybank. Cakap nak guna untuk paypal dan dia akan buat. Dalam 5 minit dah boleh setel semua

    ReplyDelete
  17. Thanks!!!

    ReplyDelete
  18. Thanks! Membantu sangat.
    Tapi kalau i cuma ada maybank debit card (bukan credit card), cuma perlu link ke bank account saja ke? maksudnya link to credit card (Step 3 & 4) x perlu?

    ReplyDelete
  19. saya pon dapat yang ni, admin mohon bantuan

    ReplyDelete
  20. setiap step tersebut perlu untuk aktifkan paypal. kalau guna debit pun boleh even dia tulis situ "link to credit card" asalkan ada visa/master card tu. Btw, penggunaan debit kad sekarang lebih kurang credit card saja cuma bezanya debit ni based on simpanan kita dalam akaun.


    cara lain untuk transaction: boleh topap credit paypal anda dengan RHB

    ReplyDelete
  21. thank you very much u help me a lot by following your guide ,im finally verify my card.Wasting too many days on verify problem ,so fast after i confirm my card within 10minutes paypal send me the code.Thank alot

    ReplyDelete
  22. Terima kasih. Tengah develop website ni, nak hosting/beli domain majoriti nak kena pakai paypal.

    ReplyDelete
  23. Salam Saya nak tnya transaction dia mmg kena guna visa card maybank ker? Sbb Saya punya card is MasterCard maybank dan Saya baru lepas Cuba buat transaksi ke luar negara kenapa ye dia cakap your card have a problem? I don't know why? Boleh bagi tahu kenapa x? Dan ape tindakan yang saya harus buat yer? Sebab saya nak transfer duit ke luar negara ni dalam kadar segera.. Ada sesiapa boleh bantu saya dalam hal ni?

    ReplyDelete
  24. salam. Visa dan MasterCard tiada masalah untuk activate paypal. Sebelum buat transaksi ke luar negara, puan perlu contact maybank dan minta untuk activate overseas transaction. extend limit sampai kat tu expired kalau rasa memang selalu guna.

    ReplyDelete
  25. sama-sama. yup safe transactions across the world.

    ReplyDelete
  26. Salam.

    Nak tanya, kad dah verified tapi akaun bank masih berstatus 'checking'. Bila nak transfer wang dari PayPal ke akaun (saya guna MayBank) masih refunded sebab katanya bank tak valid. Macam mana nak buat, ya?

    ReplyDelete
  27. hmm saya tak sure yg tu. but usually takes some time nk process. tell me if you find some solutions. bole tolong yang lain

    ReplyDelete
  28. salam.

    sy dah isi maklumat bank (malayan banking berhad) tapi dari dulu sampai sekarang status asyik "checking" je. status nya xpernah tukar. lagi satu masa nak confirm kan kad debit maybank dia tulis "sorry this card is not accepted, please use a different card" . memang x boleh guna kad debit eh...?

    ReplyDelete
  29. waalaikumussalam.

    Maybe maklumat yang diisi tu masih tak lengkap. Dah cuba call maybank customer service? cuba minta bantuan berkenaan kad debit Encik.
    Ramai dah yang buat setakat ni tiada masalah pun. Kad debit memang boleh sbb guna Visa/MasterCard tu. Cuba cek semula step ya

    ReplyDelete
  30. salam..nk tanya..slmt ke guna paypal ni..sy br nk guna nk beli barang online direct dr US..

    ReplyDelete
  31. salam. inshaAllah selamat je. takda masalah setakat ni guna paypal purchase overseas. Make sure betul2 website paypal before login.

    ReplyDelete
  32. Salam admin . so..saya dah add debit card saya .. tapi cuma belum nak verify 4 code jer .. waktu nak verify tu saya sama macam admin.. sangkut di mana admin sangkut (billing address) .. lepas tu saya remove dulu debit card dari list sementara nak betulkan billing address .. lepas billing address siap . saya try add lagi card debit saya .. masuk kan card number ..first name .. exp date smue tu ... pastu tetibe dia bagi error " The bank that issued your card didn't approve this transaction. Please contact the card issuer's customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue. " Skrang saya stuck kat sini jer admin.. mintak tolong ??

    ReplyDelete
  33. Salam,bagaimana nak samakan alamat di maybank2u dengan yang di PayPal?..x berapa faham dengan format tempat kosong tersebut,adakah mesti 100% sama? contohnya,apa yg perlu diisi di ruangan "address line 1"..."address line 2".."postcode".."city/town/locality"...bila sdh diisi cantik2..bila di save format dia jadi lain..please help.

    ReplyDelete
  34. dah activate overseas purchase? call maybank utk aktifkan dahulu. then cuba lagi isi maklumat tersebut kalau tak boleh. sometimes kene refresh n isi semula maklumat dan pastikan betul

    ReplyDelete
  35. Salam. setakat ni kalau tak sama memang dia reject bila nk link dengan paypal. sometimes kena cuba beberapa kali. isi maklumat kat paypal kasi sama dengan maklumat yg dekat debit kad tu.

    ReplyDelete
  36. Admin masih tak boleh lagi... Semua sy dah call maybank services sama jugak... Bantu sy admin... Dia tak terima kad maybank nie... Bila tanya maybank dia cakap paypal ada problem pulak...

    ReplyDelete
  37. Tolong saya please !!!! kenapa sya puny a kuar mcm nie bila nak link a card "This card is not accepted. Please use a different card".

    ReplyDelete
  38. saya dah aktif kan semua tapi knp masih keluar "THIS CARD IS NOT ACCEPTED. PLEASE USE A DIFFERENT CARD" plz tolong saya

    ReplyDelete
  39. kalau bgitau bank untuk urusan paypal memang selalu begitu. kalau tak boleh sangat cuba buat kad debit lain atau tukar kad debit yang baru dan daftar semula

    ReplyDelete
  40. selalu jadi begitu. maklumat mungkin tak lengkap atau salah, overseas transaction belum diaktifkan, kad debit problem dsb. cuba dulu pada waktu2 berbeza

    ReplyDelete
  41. Salam. Account number tu no akaun maybank yg biasa kita guna utk transfer duit atau no pada kad atm tu?

    ReplyDelete
  42. no akaun maybank tu kalau nk link dengan bank. Kalau just nak activate paypal + link dengan KAD pakai no pada kad sahaja. Beza dia kalau dah link dengan bank, boleh withdraw fund dalam tu nanti.

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah setakat ni, baru semalam paypal kedua saya dah link dengan account bank lain. teknik yang sama. hope yg lain takda masalah.

    Tapi kalau setakat nak link dengan visa/master card je lagi senang. klink confirk card n tunggu code dari paypal dlm 24 jam. Lastly masukkan code tu kat paypal n done

    ReplyDelete
  44. salam..sy nk resend Paypal code untuk 4-digit paypal tp dah xboleh sbb dah lebih 3 kali..tlong admin??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Proxy problem solved!

Thank God my laptop's proxy issue has solved. I'm not sure what kind of malware did it infected but the effect i couldn't access the internet via browser. Especially Chrome. Normally we have to go to settings>proxy settings and unchecked the proxy button there it happened to me the option was grey out! never happen to me before. After some research on the web and ckecked the pc, this thing : "Change proxy : http = 127.0.0.1: 8080; https = 127.0.0.1: 8080" Keep on coming out even after I changed thru the REGEDIT and some stuff recommended by other users on a forum. Later, I check my antivirus if it is intact. paid quite expensive but still cannot detect malwares, i'm pretty dissapointed. Checking on the net for the top free malware software and I try this one : Malwarebytes  It's a good one and it's actually working. That is what most important. Unfortunately, this good product is quite pricey. Might use it after my current antivirus expires. Now tho...

Serabut mana pun, be positive

One after another rules and regulations jadi strict. It's not like before. baru je nak merasa naik senior ni boleh atur hidup lebih terancang. huhu Member tak henti-henti ajak training volleyball untuk masum. masalah sekarang ni lom tentu lagi dapat keluar main nanti. Training bagai nak rak. Lagipun May and June ni memang pack lah. Fokus untuk grand finale. Semua aktiviti selain study aku dah ketepikan. Sejak akhir-akhir ni pun asyik balik lambat malam-malam. So kena study jugak setiap hari at least buka juga slides tu go through walaupun macam da tepu penat segalanya. Tak boleh ikutkan mood. Nak berjaya kena SABAR ! Last time medik oncall menjadi issue. Medik pun dah kena join itu ini like everyone else. Not a problem to me i guess, but yang problem ialah pentadbiran semakin rancak pulak. salah sikit je collective. ganggu beb nak study ni dah dekat nak finale. dengan dasar baru: training first, academic second. begitu lah. Look at the positive sides, baguslah nak melahirkan pegawa...