Aku perhati makcik ni lepas dia guntingkan rambut orang dia suruh orang tolong like & share barang dia jual kat facebook. Memandangkan sambutan yang kurang menyenangkan daripada student-student sini, maka aku pun berbual dengannya.
"Makcik dah pos kat mudah.my tapi tulah. senyap je sampai sekarang tak ada orang beli." kata makcik barber ini seorang diri, memecah kesunyian.
Lalu aku pun mencelah, "Makcik tak boleh pos sekali je dan terus biarkan kalau macam tu sebab makcik guna pengiklanan percuma. Nak kasi perhatian sikit cubalah buat iklan makcik sticky tapi biasalah marketing, kena keluar modal sikit lah" dan makcik ni pun berminat dan berborak panjang lah dia sambil mengguntingkan rambut aku. haha
Makcik ni sebelum ni ialah mak andam. ada banyak set perkahwinan, pelamin, baju kahwin dan lain-lain.
Sekarang makcik dah tak buat andaman lagi. Nak jual semua barang-barang tu sebab nak clearkan bilik kat rumah.
Dulu ada kedai tapi lepas kegawatan ekonomi kelmarin, kedai makcik ni takboleh nak bertahan lama. Lagipun makcik ni sekarang dah ada kerja tetap.
Baju-baju pengantin memang makcik ni jual murah sebab dah pernah disewakan lah kan. Banyak juga dah terjual, pelamin and barang hiasan lain semua. Sekarang tinggal nak kasi clear baju pengantinnya sahaja. Ada banyak!
Harga dalam linkungan RM300-600 satu set lelaki dan perempuan. Katanya lagi, feedback daripada customer semua suka sebab dapat harga murah. Kainnya pun masih baik lagi. Almaklumlah pengantin pakai berapa kali je baju tu. Memang selalu orang sewalah tapi kalau beli pun takda masalah, atas masing-masing.
Lupa nak tanya yang sebelum ni banyak terjual tu makcik buat macam mana?
* nanti saya update
Tak sempat nak berbual panjang. Tapi sempat lagi amik nombor telefon dan facebooknya. Adalah beberapa gambar. Nasib saya dalam study week, nantilah lepas exam saya tolong okay makcik :D
Comments
Post a Comment