Ramai orang mempunyai keinginan untuk menabung namun tewas sebelum hasrat menabung itu dapat dilaksanakan dengan konsisten dan jayanya. Hal ini berkait rapat dengan disiplin diri disamping keinginan yang kuat untuk menabung agar amalan menabung ini dapat diterapkan dalam diri masing-masing.
Menabung juga mempunyai matlamat yang berbeza bagi setiap individu dan tumpuan tajuk ini ialah kepada pelajar kerana kebanyakan pelajar tidak bekerja dan harus bijak berbelanja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Salah satu tujuan pelajar menabung adalah untuk dana projek akhir tahun, membeli buku-buku rujukan, kenderaan dan sebagainya.
[caption id="attachment_246" align="alignnone" width="1621"]
menabung untuk pendidikan[/caption]
Antara tips yang berkesan untuk menabung ialah:
1.Matlamat yang jelas.
Betul, mempunyai matlamat yang jelas bukan sahaja membantu anda mengawal keinginan dan kebebasan anda berbelanja. Matlamat yang jelas disini sebaiknya boleh digambarkan. Sebagai contoh, di akhir semester ini, matt ingin membeli sebuah kamera DSLR berjenama Nikon kerana minatnya terhadap photography yang sangat mendalam. Setelah menetapkan matlamat anda, buat sedikit carian terhadap jenis kamera anda supaya jelas dalam minda anda dan dapat anda bayangkan DSLR yang bagaimana yang ingin anda beli. Tampal gambar kamera tersebut di locker atau dinding atau dimana-mana yang mudah kelihatan.
2.Boleh dicapai
Maksud boleh dicapai ini ialah matlamat di akhir tabungan kita ini biarlah perkara yang logik dan quantitative. Sebagai contoh kamera DSLR berjenama NIKON yang Matt idamkan ini berharga RM2000. Setiap minggu pendapatan Matt adalah RM100 secara purata. Matt akan menabung sebanyak RM20 setiap minggu selama 100 minggu untuk membeli kamera idamannya. Walaupun tempoh yang agak lama, namun Matt tetapkan pendiriannya dan terus bersabar agar menabung walaupun jumlahnya sedikit. Hal ini secara tidak langsung, Matt telah melatih dirinya supaya berdisiplin dan bersabar.
3.Kreatif
Kreativiti adalah anugerah yang perlu dimanfaatkan oleh semua manusia tanpa mengenal usia. Kreativiti boleh jadi datangnya daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan pengetahuan yang semuanya saling berinteraksi di dalam minda kita bagi menjana idea dan cara untuk menyelesaikan masalah. Pelbagai cara boleh kita gunakan untuk mengumpul duit dan salah satunya ialah dengan berniaga walaupun secara kecil-kecilan.
4.Menetapkan budget mingguan
Setiap hasil pendapatan yang kita peroleh sebaiknya direkodkan bagi memudahkan pelbagai urusan di masa hadapan. Resit-resit pembelian atau segala urusan perniagaan yang kita usahakan sebaiknya mempunyai rekod agar kita mengetahui prestasi kewangan semasa kita. Melalui rekod ini, kita dapat menetapkan dengan jelas budjet bulanan malah mingguan kita. Urusan kewangan yang direkodkan membolehkan kita mengesan aliran kewangan kita dan kekerapannya supaya memudahkan kita untuk menjangka perbelanjaan di masa akan datang. Tetapkan budjet bulanan kita untuk beberapa kategori seperti makanan, pakaian, hiburan, keperluan dan sebagainya.
5.Belajar mengatakan "Tidak"
Hidup kita dipenuhi dengan pelbagai pilihan, sama ada baik ataupun tidak, sama ada bermanfaat atau melalaikan dan sebagainya. Pilihan yang bijak adalah pilihan yang telah kita selidiki terlebih dahulu sebelum perlaksanaan dibuat. Pilihan-pilihan ini boleh datang daripada pelbagai pihak tanpa kita duga, namun semua pilihan tersebut adalah satu cabaran untuk kita terus tetapkan hati pada matlamat asal yang ingin kita capai. Sebagai contoh Matt telah membuat hasil kira-kira dan mendapati perbelanjaannya pada bulan ini dapat dijimatkan sekiranya dia tidak keluar untuk berhibur pada hujung minggu hadapan. Hal ini kerana minggu lepas, perbelanjaan telah dilebihkan untuk mengadakan jamuan hari raya peringkat kelasnya. Namun begitu, rakan sebiliknya mengajak Matt untuk keluar hujung minggu untuk 'merehatkan minda' dengan bermain snooker, menonton wayang dan sebagainya. Selepas berfikir panjang, Matt akhirnya menolak pelawaan tersebut dengan cara yang baik.
Semoga tips menabung untuk pelajar ini memberi manfaat sedikit sebanyak kepada pembaca sekalian.
[caption id="attachment_247" align="alignnone" width="620"]
syiling pun duit juga! simpan dalam tabung[/caption]
[caption id="attachment_248" align="alignnone" width="400"]
jangan terkejut duit da simpan dalam tabung kiki[/caption]

Comments
Post a Comment